Kerajaan Negeri Sembilan akan menjadikan Perpatih Fest 2023 sebagai acara tahunan negeri ini dalam mempromosikan keunikan sistem Adat Perpatih kepada pihak luar khususnya generasi muda.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, program ini juga merupakan acara tambahan dalam kalendar pelancongan negeri 2023.
Beliau merasakan program ini perlu diadakan setiap tahun, mungkin akan diadakan di daerah-daerah yang lain supaya masyarakat lebih dekat, boleh merasa sendiri apa yang dimaksudkan dengan Adat Perpatih.
Selain itu, Perpatih Fest ini bakal memberi pengalaman gastronomi kepada pengunjung melalui program promosi makanan Negeri Sembilan dan bakal memberi pengalaman yang unik kepada pengunjung untuk mencuba permainan tradisi Negeri Sembilan. Dua rekod Malaysia turut dicipta dan dicatat dalam Malaysia Book of Records melalui Masakan Kari Kepala Kambing Terbanyak dan Panta dan Jambar Terbanyak.
Sembilan Identiti Negeri Sembilan turut dilancarkan merangkumi adat (Adat Perpatih), seni bina (Rumah Tradisonal Bumbung Panjang), makanan tradisional (gulai kuning).
Adat Perpatih adalah bercorak matrilineal yang mengambil garis keturunan suku dari sebelah ibu berbeza dengan menitikberatkan Adat keturunan Temenggung sebelah yang bapa.
Dalam konteks masyarakat Adat Perpatih terdapat 12 suku iaitu Biduanda, Batu Hampar, Mungkal, Seri Lemak, Paya Kumboh, Tiga Nenek, Seri Melenggang, Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka dan Tiga Batu.
Keindahan Adat Perpatih bukan sahaja dapat dilihat pada nilainilai murni dan peraturan hidup yang dijunjung tinggi oleh pengamalnya yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Malah ia jelas dapat dilihat pada semangat permuafakatan yang ditunjukkan antara satu sama lain oleh dato ’dato ’ penyandang pesaka adat dan soko dalam menjayakan program ini.
Sumber: Sinar Harian



