YB MENTERI KPDN MEMBUAT PEMANTAUAN SEMPADAN NEGARA MALAYSIA – THAILAND

 

TUMPAT 11 Jun : YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri KPDN telah mengadakan pemantauan sempadan negara dari Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tumpat sehingga Pengkalan Jambu, Tumpat pada hari ini.
Dalam lawatan ini turut diadakan Sesi Ramah Mesra bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat dan Polis Marin Thailand.
Terdahulu diadakan lawatan sempadan bersama rakan strategik penguatkuasaan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Negeri Kelantan.
Turut hadir sama YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri KPDN, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Datin Roszanina Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha PPP KPDN, YBhg Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha PDN KPDN, YBrs. Tuan Hj. Azman Ismail, Pengarah Pejabat KPDN Kelantan serta Exco-exco Kepenggunaan Negeri, Pengarah-pengarah KPDN Negeri dan Pegawai Kanan Kementerian.

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …