SEMBANG SANTAI: PERKONGSIAN ISU KESELAMATAN & DKN 2021-2025

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Kota Setar telah mengadakan Program Sembang Santai : Perkongsian Isu-isu Keselamatan dan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 Bersama Masyarakat yang bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Seberang Kota, daerah Kota Setar.

Program dimulakan dengan perkongsian oleh Pegawai Penerangan Daerah Kota Setar, Encik Zulkarnain Daman Huri berkenaan pemahaman konsep Malaysia Madani dan inisiatif-inisiatif Kerajaan Perpaduan seperti Menu Rahmah, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Tetap Malaysia MADANI dan lain-lain lagi.

Menggunakan pendekatan santai, MKN Kedah berjaya menarik minat pendengar yang hadir mengenai isu-isu keselamatan setempat dan memberi kesedaran mengenai peranan komuniti dan konsep tanggungjawab bersama dalam isu keselamatan yang tidak harus bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata. Malah, peserta yang hadir sempat menyatakan kebimbangan mereka mengenai beberapa isu keselamatan setempat yang perlu diberikan perhatian bersama.

Pendekatan santai dan komunikasi dua hala sepanjang program ini dilihat berjaya mewujudkan kepercayaan dan keyakinan para peserta terhadap kemampuan agensi kerajaan dalam mendepani isu-isuΒ setempat.

Malaysia MADANI : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut