PERKASA KRT DEMI PERPADUAN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Kota Setar telah mengadakan Program Ramah Mesra & Perkongsian Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 bersama Pengerusi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Alor Setar yang bertempat di Pusat Rukun Tetangga Kg. Berjaya, Alor Setar.

Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai JPNIN Kota Setar, ahli KRT Kg. Berjaya, dan juga 29 Pengerusi KRT di bawah Parlimen Alor Setar hadir dalam sesi perkongsian yang diadakan secara santai semalam. Turut hadir di dalam majlis ini adalah Pengarah Perpaduan Negeri Kedah. Lebih manis, pengerusi-pengerusi KRT yang hadir, mewakili pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan wakil masyarakat Siam. Pendekatan mesra dan santai ini dilihat berjaya menarik perhatian peserta untuk terus kekal mendengar taklimat yang disampaikan mengenai isu-isu keselamatan dalam negara mahupun isu setempat sehingga lewat malam. Paling menarik, peserta yang hadir menunjukkan minat terhadap isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang dilihat merupakan isu keselamatan yang sangat dekat di kalangan komuniti.

MKN Kedah sempat berpesan agar KRT terus menjadi mata dan telinga di peringkat akar umbi masyarakat dalam menjaga perpaduan kaum di negara ini. Harus diakui, KRT berperanan penting sebagai ‘orang tengah’ atau perantara dalam membantu mengenalpasti isu komuniti setempat khususnya melibatkan soal perpaduan, keharmonian dan keselamatan. Program berakhir jam 11.00 malam dengan wajah senyum puas di kalangan peserta yang hadir.

Malaysia MADANI : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …