PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) NEGERI SEMBILAN : PERPADUAN NEGARA TERAS MALAYSIA MADANI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Negeri Sembilan pada 27 & 28 Mei 2023 yang bertempat di UiTM Kampus Seremban Negeri Sembilan, satu taklimat dan sesi dialog mengenai Perpaduan Teras Malaysia Madani serta fungsi dan tanggunjawab MKN telah disampaikan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) JPM.

Pelaksanaan program ini dilihat mampu memberikan pengetahuan dan penerangan kepada golongan sasar perspektif terhadap fungsi dan tanggungjawab pelbagai agensi keselamatan di Negeri Sembilan termasuk MKN dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang berperanan untuk menjalankan fungsi selaras dengan Nilai Teras Ketiga Dasar Keselamatan Negara: Kesepaduan Nasional.

Program ini juga diadakan bagi mendekati golongan sasar yang lebih muda dan pelajar institusi pengajian tinggi awam yang berumur antara 18 hingga 25 tahun serta menyediakan ruang dan suasana yang boleh mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat untuk saling berinteraksi, bekerjasama dan memainkan peranan mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Turut dilaksanakan pada program tersebut agihan kit keselamatan kepada masyarakat setempat selain pelbagai pameran agensi keselamatan peringkat negeri dan aktiviti bersama pengunjung di pameran agensi keselamatan peringkat negeri.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …