PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN BERSAMA RAKAN STRATEGIK MKN KEPADA KOMUNITI PULAU PERHENTIAN 2023

Program Kesedaran Keselamatan Bersama Rakan Strategik MKN Kepada Komuniti Pulau Perhentian telah berjaya dilaksanakan pada 28 hingga 29 Mei 2023 dengan kerjasama dari beberapa agensi iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Terengganu, Jab. Penerangan Negeri Terengganu, Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Negeri Terengganu, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur, Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Pejabat Tanah & Daerah Besut, Majlis Daerah Besut.

Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk Mendidik komuniti Pulau Perhentian tentang ancaman keselamatan negara dan kesannya terhadap kestabilan dan pembangunan negara, Memupuk rasa tanggungjawab dan patriotisme bersama terhadap keselamatan negara dalam kalangan komuniti Pulau Perhentian, Mewujudkan budaya kesedaran keselamatan dalam kalangan komuniti Pulau Perhentian yang mengutamakan keselamatan negara dalam kehidupan dan aktiviti harian mereka, dan Menggalakkan komuniti Pulau Perhentian berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Pelbagai aktiviti melibatkan komuniti telah dilaksanakan sepanjang program ini dilaksanakan. Di antaranya adalah Program Komuniti Setempat (KOMTIS), Temu Santai Keselamatan: Keselamatan Maritim Tanggungjawab Bersama serta Lawatan Keselamatan ke resort dan chalet sekitar Pulau Perhentian.

Pada masa yang sama, turut dilancarkan satu bunting penyaluran maklumat yang dijenamakan sebagai ‘SKUAD M.K.N’. Melalui penyerahan bunting yang mengandungi QR code, penduduk atau pengunjung pulau boleh menyalurkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan keselamatan atau sebarang ancaman kepada pihak MKN Negeri Terengganu. Konsep ini dilihat amat bertepatan dengan slogan ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’.

 

 

Artikel/Berita Terkini

KETUA PENOLONG PENGARAH SEBUAH AGENSI DIDAKWA GUNA DOKUMEN PALSU

PALSU: Tertuduh pertama diiring keluar selepas menjalani prosiding di Mahkamah Khas Rasuah, di sini. KOTA KINABALU: Seorang Ketua Penolong Pengarah …
Maklumat Lanjut

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT GAGAL MAKLUMKAN PERTUKARAN NAHKODA

TAHAN: Bot kargo ditahan kerana gagal memaklumkan pertukaran Nakhoda. KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kudat menahan …
Maklumat Lanjut

PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025 MENGIKUT KATEGORI KELAYAKAN

Bagi 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedia ada yang berdaftar di bawah eKasih, sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad …
Maklumat Lanjut