MASIH RAMAI TIDAK ENDAH LARANGAN MEROKOK – JKNNS

SEREMBAN – Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid, masih ramai dalam kalangan perokok tidak mengendahkan larangan merokok terutama di premis makanan, hospital dan hentian pengangkutan awam, Beliau berkata, ini berikutan sebanyak 96 notis kesalahan dikeluarkan dalam tempoh lapan jam operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) di sekitar negeri ini pada Sabtu

Ia termasuk di kawasan hospital atau klinik, premis makanan dan pusat beli-belah selain kesalahan terhadap pemilik yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis. Beliau melihat rakyat sudah ada kesedaran terutama di tempat makan, tetapi diharapkan dengan penguatkuasaan ini mereka akan lebih peka.

Tabiat merokok ini berkait dengan tingkah laku, justeru Kementerian Kesihatan (KKM) akan sentiasa mempromosi dan melaksanakan penguatkuasaan secara berkala untuk membendung perkara itu. Beliau turut menegaskan bahawa larangan merokok bukan bertujuan menghukum golongan perokok, sebaliknya bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat merokok kepada mereka serta perokok pasif iaitu individu yang berada di sekeliling.

Menurut Dr Harlina , aktiviti mempromosi dan peringatan kepada masyarakat mengenai keburukan tabiat merokok adalah tanggungjawab semua pihak selain pelanggan dan pemilik premis makanan perlu memainkan peranan masing-masing.

Selain itu, beliau berkata perokok dan pengguna rokok elektronik atau vape turut diseru untuk berhenti merokok mengikut kaedah rawatan yang diiktiraf KKM memandangkan ia juga boleh membahayakan diri dan orang sekeliling.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut