TEKSI AIR TAWAR TAMBANG SERENDAH RM1

BANDARAYA MELAKA – Perkhidmatan teksi air yang sebelum ini dikenali bot loncat-loncat di Sungai Melaka menawarkan pemotongan harga 30 peratus kepada pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai, Datuk Tpr. Murad Husin berkata, menerusi perkhidmatan itu, pengunjung boleh mengakses ke mana-mana lokasi dengan 14 jeti yang terdapat di sepanjang Sungai Melaka fasa satu.

Katanya, harga yang ditawarkan berpatutan serendah RM1 dan pengunjung boleh meletakkan kenderaan di kawasan tempat parkir disediakan untuk menaiki teksi air ke destinasi pilihan masing-masing.

“Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan menggunakan sistem tanpa tunai dengan menambah nilai pada kad disediakan dengan serendah RM10.

“Tambang rendah ini mampu mengurangkan kesesakan di Bandar Melaka dengan harga berpatutan seperti tambang dari Melaka River Cruise ke arah muara dengan harga serendah RM8 dikenakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Bangunan Baharu PPSPM di Pengkalan Rama dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, di sini malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Fairul Nizam Roslan; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Allex Seah Shoo Chin; Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Zulkiflee Mohd Zin dan Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, Datuk Khaidirah Abu Zahar.

Dalam pada itu katanya, perkhidmatan itu berketepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang bakal melaksanakan zon bebas kenderaan di kawasan sekitar Banda Hilir pada bulan hadapan

“Jadi inilah peluang pelancong menggunakan perkhidmatan teksi air seki gus mampu mengurangkan kesesakan berlaku di kawasan Banda Hilir,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut