MISI BANTUAN PENGHANTARAN LORI TANGKI KE SUNGAI PETANI, KEDAH

16 Mei 2023 – SAINS melalui penyelarasan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menghantar bantuan lori tangki bersaiz 800 Gelen ke Sungai Petani, Kedah bagi membantu Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam pengagihan bekalan air terawat akibat beberapa loji rawatan air di kawasan tersebut terpaksa dihentitugas disebabkan paras air menyusut secara mendadak di Sungai Muda.

Selaras dengan Memorandum Persefahaman Antara Operator Air, SAINS telah menghantar 2 orang kakitangan dari operasi SAINS Rembau untuk sama-sama membantu dalam pengagihan bekalan air terawat melalui lori tangki bagi mengurangkan bebanan kepada penggguna kawasan terjejas.

Sumber: FB SAINS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …