JPJ AKAN LAKSANA LEBIH BANYAK INISIATIF PENDIGITALAN

SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan lebih banyak inisiatif pendigitalan dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatannya kepada rakyat.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, memang menjadi hasrat jabatan berkenaan untuk melaksanakan pendigitalan penuh dalam setiap perkhidmatannya namun mengakui ia akan mengambil masa.

Ia akan mengambil masa memandangkan terdapat banyak sistem yang perlu diintegrasikan, seperti yang dinyatakan, terdapat Pelan Strategik Pendigital JPJ 2021-2025 yang melibatkan lima tahun, tahun 2023 dan JPJ telah mempunyai beberapa inisiatif yang diumumkan.

Dalam masa dua tahun yang akan datang ini, banyak lagi inisiatif pendigitalan yang akan dilaksanakan oleh JPJ termasuk penguatkuasaan yang akan ke arah digital. konsep pendigitalan akan diaplikasikan ke dalam strategi penguatkuasaan yang lebih holistik. Buktinya, semasa Op Hari Raya Aidilfitri 2023, JPJ telah menggunakan dron untuk mengesan pesalah yang melanggar peraturan lalu lintas.

Penggunaan Enforcement Action Camera (EAC) dan Smart Enforcement Device (SmED) yang memfokuskan kepada Operasi Tanpa Sentuh JPJ (Camera Go-Pro) serta teknologi sistem High Speed Weigh-in-Motion juga terus dipergiatkan untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan JPJ.

Dalam masa yang sama beliau turut melancarkan beberapa inisiatif baharu yang diperkenalkan JPJ iaitu e-Book Kurikulum Pendidikan Pemandi (KPP), JPJeID, JPJ Mobile dan Nombor Pendaftaran Kenderaan (FF).

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …