PUSAT TAHFIZ RM5 JUTA DIBANGUNKAN DI SELANDAR

ASAHAN – Sebuah pusat tahfiz baharu ‘Desa Sunnah Anjung Hidayah’ yang menelan kos kira-kira RM5 juta bakal dibina di Selandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata, pembinaan pusat tahfiz berkenaan berkonsepkan mini kompleks Islam yang berkeluasan kira-kira 3.64 hektar.

“Alhamdulillah, satu lagi pusat tahfiz bakal dibina di Selandar, semoga Allah SWT permudahkan segala urusan pembinaan pusat tahfiz ini yang dinamakan Desa Sunnah Anjung Hidayah yang berkonsepkan mini kompleks Islam.

“Anggaran projek bernilai RM5 juta ini mengandungi pusat tahfiz, pusat warga emas, dewan dan juga asrama, projek pembinaannya akan diuruskan oleh Persatuan Usahawan Nusantara.

“Terima kasih kepada pemilik tanah yang mewakafkan sembilan ekar (3.64 hektar) tanah miliknya untuk projek ini, semoga Allah SWT terus merahmati Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Katanya, pembinaan pusat tahfiz itu diharap bakal melahirkan lebih anak-anak celik al-Quran di negeri ini.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut