FENOMENA GLOBAL: PERUBAHAN IKLIM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA  7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pengurusan Perubahan Iklim) 

Menurut sumber daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air (MET Malaysia), perubahan iklim merujuk kepada perubahan signifikan statistik dalam purata keadaan iklim ataupun kepelbagaiannya, untuk jangkamasa yang panjang (biasanya dekad atau lebih). Fenomena global ini berlaku mungkin disebabkan atas beberapa faktor antaranya disebabkan oleh proses semulajadi dalaman bumi, pendorong luaran, ataupun perubahan antropogenik terus menerus dalam komposisi atmosfera dan penggunaan tanah. MET Malaysia turut mentakrifkan perubahan iklim sebagai: “perubahan iklim yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti manusia yang mengubah komposisi atmosfera global dan merupakan tambahan terhadap kepelbagaian iklim semulajadi untuk tempoh masa yang dapat dibandingkan”. 

Terkandung di dalam Dasar Perubahan Iklim Negara (2009), impak
perubahan iklim boleh menyebabkan perkara-perkara seperti berikut: 

  • menjejaskan kesejahteraan manusia dan alam sekitar; 
  • mengancam kelestarian sumber asli termasuk makanan, air dan tenaga; dan 
  • menggugat pembangunan termasuk keselamatan negara.  

Dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2008), bahawa pada tahun 2030 ke 2050, dijangkakan kadar kematian disebabkan kesan perubahan iklim adalah sebanyak 250,000 dan kos kesihatan untuk rawatan adalah sebanyak AS$4 bilion. Isu global ini turut memberi impak kepada Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa (iklim negara panas dan lembap sepanjang tahun) apabila berlakunya cuaca luar biasa seperti hujan lebat berpanjangan yang boleh menyebabkan bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan banjir lumpur. 

Sehubungan itu, dalam usaha menangani perubahan iklim, kedua-dua adaptasi dan mitigasi perlu dilaksanakan secara bersepadu dan seimbang seperti terkandung dalam Dasar Perubahan Iklim Negara (2009). Adaptasi merangkumi pelbagai tindakan yang membantu komuniti dan ekosistem bagi menghadapi perubahan iklim yang nyata dan dijangka berlaku, manakala, mitigasi pula melibatkan pelbagai langkah untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca yang merupakan salah satu punca pemanasan global serta memperkayakan pengumpulan karbon untuk mengurangkan impak perubahan iklim.  

Tanggungjawab perlu dipikul oleh semua pihak dalam usaha memastikan kelestarian generasi sekarang dan masa hadapan. Penggunaan sumber asli secara lestari serta keseimbangan tindakan adaptasi dan mitigasi dalam mencapai pembangunan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim adalah antara cara utama merealisasikan pembangunan lestari (Dasar Perubahan Iklim Negara, 2009).  

 

 Sumber: 

 

Artikel/Berita Terkini

20 INISIATIF BANTUAN RAKYAT DAN KOS SARA HIDUP

#Belanjawan2025 Selaras dengan tema ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat,’ Belanjawan ini memberi fokus kepada usaha meringankan kos sara hidup …
Maklumat Lanjut

LATIH AMAL FIELD TRAINING EXERCISE ARAHAN MKN NO.21 EX-MINANG 2024

SEREMBAN, 20 OKTOBER 2024 –       Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Hospital KPJ Seremban Specialist Hospital telah melaksanakan Latih …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut