KES MALARIA MENINGKAT 75 PERATUS DI TERENGGANU

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) meminta orang ramai supaya berwaspada dengan kes demam malaria di negeri ini yang dilaporkan meningkat sebanyak 75 peratus. Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sebanyak 21 kes malaria telah direkodkan di Terengganu sepanjang Januari hingga 6 Mei berbanding 12 kes dalam tempoh sama pada tahun lepas. Daripada 21 kes dilaporkan, 20 kes merupakan malaria zoonotik manakala satu kes malaria import dari jangkitan manusia.

Hulu Terengganu merekodkan jumlah kes paling banyak iaitu sembilan kes diikuti Kemaman dan Dungun masing-masing empat kes, Setiu (2) dan Besut serta Marang satu kes. Setakat ini, tiada wabak atau kematian akibat malaria dilaporkan sama pada seperti tempoh sama tahun lalu.

Orang ramai dinasihatkan  supaya lebih peka dan mengambil langkah pencegahan awal terutama ketika memasuki kawasan hutan. Antaranya ialah dengan memakai pakaian lengan panjang semasa menjalankan aktiviti berisiko seperti menoreh getah, berburu, mencari hasil hutan, memancing dan jungle trekking.

JKNT juga menasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan supaya rawatan awal dapat diberikan.

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …