CURI HASIL LAUT NEGARA

Pencerobohan sempadan merujuk kepada tindakan memasuki suatu negara lain tanpa kebenaran yang sah samada di daratan, laut mahupun udara. Kesannya amat serius bagi negara yang diceroboh merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial, dan keselamatan secara keseluruhannya. Tindakan menceroboh ini diumpamakan mampu menimbulkan ketegangan di antara negara yang terlibat dan merosakkan hubungan diplomatic dan antarabangsa dalam jangka masa panjang.

Mengambil kira isu pencerobohan oleh nelayan negara jiran yang mengambil hasil laut di kawasan perairan negara yang berlaku di Pulau Segantang, Langkawi pada minggu lalu, kejayaan mengesan dan menangkap nelayan asing ini bertepatan dengan Teras Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah, Teras Pembangunan Mampan berkait pengurusan sumber alam dan juga Teras Keselamatan Rakyat di bawah perihal Penguatkuasaan Undang-Undang.

Tindakan pantas pihak berkuasa menangani kes tangkapan penceroh perairan tanpa izin harus disokong sepenuhnya dan menjadi tanggungjawab bersama para komuniti maritim untuk membantu sebagai mata dan telinga agensi penguatkuasa bagi mengesan sebarang aktiviti salah dan jenayah di laut samada melibatkan warga tempatan mahupun warga asing.

Disediakan oleh : Mardiana Mohamad

Foto: Sinar Harian

Sumber berita: Dua bot nelayan Indonesia ditahan sedang tangkap ikan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …