PERDAGANGAN BARTER TRADE DI NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI 

  

Sistem barter ialah amalan pertukaran barang tanpa melibatkan mata wang. Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman. 

 Perdagangan dengan menggunakan sistem barter trade juga diamalkan di Negeri Pulau Pinang sejak sekian lama. Antara negara yang masih lagi menjalankan perdagangan menggunakan sistem ini adalah Negara Myanmar dan Indonesia dengan menggunakan pelabuhan di bawah seliaan Penang Port Sdn. Bhd seperti yang telah diwartakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) di bawah Barter Trade Agreement (BTA). 

 Pelaksanaan dan pemantauan perdagangan sistem barter trade ini adalah dengan menggunakan Tatacara Operasi Standard (TOS) daripada Jabatan Laut Malaysia, satu agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Selain daripada itu, penguatkuasaan terhadap kapal-kapal yang berurusan dengan sistem ini turut dijalankan secara bersepadu oleh agensi-agensi seperti Polis Marin, APMM, KASTAM, MAQIS, KPDN dan lain-lain agensi bagi memastikan keselamatan di perairan negara kekal selamat daripada aktiviti penyeludupan dan jenayah terancang. 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …