SELAMAT TIBA KE DESTINASI: BIAR GEMBIRA JANGAN BERDUKA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

Umum mengetahui saat untuk pulang ke kampung merupakan saat-saat yang dinantikan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Ibu bapa dan sanak saudara pastinya tidak sabar menanti kepulangan kita. Justeru pastikan kita amalkan tips berikut sebelum dan sepanjang perjalanan kita pulang menemui keluarga tercinta.

  1. Pastikan kenderaan anda telah diselenggara sebelum memulakan perjalanan. Hal ini untuk mengelakkan sebarang kerosakan dan kemalangan dalam perjalan pulang;
  2. semasa memandu di jalan raya, patuhilah had laju yang ditetapkan;
  3. jangan leka bermain telefon ketika memandu. Pastikan tumpuan anda di jalan raya;
  4. pastikan minyak cukup sebelum memulakan perjalanan. Hal ini untuk mengelakkan kita tersadai di tengah perjalanan;
  5. pastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar dan anak-anak kecil duduk di dalam carseat (CRS) masing-masing; dan
  6. jangan mengekori kenderaan berat terlalu rapat semasa memandu di jalan raya.

Ingat, kita hendak pulang beraya bertemu dengan keluarga tercinta. Jangan biarkan kelalaian dan kegelojohan kita menukar saat-saat gembira perayaan Aidilfitri kepada kedukaan buat keluarga tercinta kita.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗠𝗢𝗧𝗢𝗦𝗜𝗞𝗔𝗟

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

POLIS RAMPAS 3 SENJATA API BUATAN SENDIRI, TAHAN PEMILIK

KOTA BELUD (16 Mei): Polis menahan seorang lelaki dan merampas tiga laras senjata api buatan sendiri dalam serbuan di sebuah …
Maklumat Lanjut