NAFAS BAHARU BERMULA RAMADHAN DENGAN BERHENTI MEROKOK

Majoriti dalam kalangan warga sudah menyedari betapa bahayanya rokok. Rokok mengandungi lebih 4000 bahan beracun yang memberikan kesan buruk kepada tubuh. Tabiat merokok juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik termasuk kanser, penyakit jantung dan strok. Orang di sekeliling perokok juga terdedah kepada asap rokok pasif yang berisiko mendapat penyakit kronik sama seperti seorang perokok.

Justeru, gunakan peluang di Bulan Ramadhan ini untuk mula berhenti menghisap rokok.Terdapat banyak kebaikan bila tidak merokok termasuklah:

  • Dapat meningkatkan tahap kecergasan badan dan produktiviti.
  • Dapat menjaga kesihatan tubuh badan.
  • Dapat mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit termasuk kanser.
  • Dapat menjadi ‘role model’ kepada keluarga, rakan dan masyarakat.
  • Tidak memberi risiko asap rokok kepada orang sekeliling yang berisiko menjadi perokok pasif.

Bersama kita elakkan budaya merokok serta bantu perokok untuk berhenti merokok. Ayuh! Berhenti sekarang, bukan nanti.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …