AIDILFITRI: 239 ANGGOTA POLIS NEGERI SEMBILAN TERLIBAT OP LANCAR

SEREMBAN: Seramai 239 orang pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan akan digerakkan bagi memastikan kelancaran jalan raya sepanjang Op Lancar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, operasi yang bermula pada 18 dan 19 April 2023 itu melibatkan penugasan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Negeri Sembilan dibantu jabatan serta cawangan lain.

Menurut Ahmad Dzaffir, fokus Op Lancar adalah di lokasi yang dijangka akan berlaku kesesakan lalu-lintas akibat pergerakan pengguna jalan raya.

“Semua elemen akan diatur gerak secara holistik dan sistematik serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Seremban- Kajang (Lekas),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, JSPT IPK Negeri Sembilan juga akan melaksanakan Op Selamat Ke-20 selama lapan hari bermula 20 hingga 27 April 2023 bertemakan ‘Rumah Selamat, Sampai ke Destinasi’.

“Op Selamat Ke-20 ini memfokuskan kepada kelancaran pergerakan lalu-lintas, menurunkan kadar kemalangan serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah ke tahap paling minimum semasa musim perayaan.

“Semua petugas telah diarahkan untuk mempertingkatkan pemantauan statik dan rondaan di 15 lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kesesakan lalu-lintas di kontinjen Negeri Sembilan,” katanya.

Tambah beliau, dalam usaha pencegahan pecah rumah, rondaan berterusan akan dijalankan bagi memantau premis dan kawasan perumahan yang ditinggalkan.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut