PENGURUSAN KESELAMATAN NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM – Pada 17 April 2023, Mesyuarat Jawatankuasa GSPS Negeri Selangor telah dilaksanakan di Wisma Persekutuan Klang bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Mesyuarat telah membincangkan konsep dan pelaksanaan Malaysia Madani yang telah disampaikan oleh Tuan Sharipuddin bin Muis, Pengurus Kanan, Institut Darul Ehsan yang merupakan think tank kepada pembangunan pemikiran YAB Perdana Menteri.

Di samping itu, mesyuarat turut mendengar taklimat daripada wakil daripada Jabatan Penerangan dan Cawangan Khas Negeri Selangor mengenai isu-isu semasa dan keselamatan.  Mesyuarat telah dihadiri wakil-wakil agensi keselamatan, para Pegawai Daerah dan wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …