BAZAR JALAN HANG TUAH CATAT NILAI JUALAN RM3 JUTA

BANDARAYA MELAKA 17 April – Penganjuran Melaka Grand Ramadan Bazar @ Jalan Hang Tuah (MELGRAB) berjaya mencatat nilai jualan RM3 juta setakat semalam (16 April). Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kejayaan itu merupakan sesuatu yang wajar dibanggakan terutama selepas tiga tahun pandemik COVID-19 melanda negara yang menyaksikan ramai peniaga terjejas. Justeru, beliau berharap penganjuran bazar mega seumpamanya dapat diteruskan pada setiap tahun bagi memberi manfaat besar kepada semua pihak, khususnya peniaga.

“Kerajaan Negeri Melaka sentiasa menyokong dan mendokong usaha mengadakan Grand Bazar Ramadan seperti ini demi menyemarakkan lagi kegiatan ekonomi peniaga tempatan di Negeri Melaka sekali gus meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka. Sesungguhnya, kerjasama antara penganjur dan peniaga melalui Persatuan Peniaga-peniaga Melayu Bazar Melaka (PPMBM) mampu melonjakkan lagi ekonomi peniaga tempatan khususnya peniaga Melayu di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan MELGRAB 2023 di Pentas Utama MELGRAB, Jalan Hang Tuah, di sini, hari ini, tengah malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal negeri Datuk Rahmad Mariman; Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman serta Penganjur MELGRAB Muhammad Fikri Mohd Ali.

Dalam majlis perasmian itu, Ab Rauf turut menyempurnakan gimik penyerahan sumbangan kepada tiga madrasah di Negeri Melaka, hasil kutipan tabung derma daripada penganjuran MELGRAB tahun ini. Selain itu, beliau turut menyampaikan hadiah utama berupa kereta Proton Persona kepada pengunjung bertuah yang telah berbelanja RM30 di bazar berkenaan.

 

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …