๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ป๐—ด๐—ด๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐——๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ ๐—ฌ๐—”๐—• ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ

JOHOR BAHRU, 11 APRIL 2023 โ€“ Program penyerahan bungkusan berupa kuih raya dan sumbangan wang tunai ini merupakan acara tahunan yang diadakan dalam bulan Ramadhan bagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam menghargai jasa dan pengorbanan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di Negeri Johor sempena menyambut kedatangan bulan Syawal.
Majlis penyerahan sumbangan bungkusan raya ini akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam program Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Johor di Saujana, Johor Bahru bersekali dengan penyampaian sumbangan wang bantuan khas kepada anggota yang meninggal dunia, cedera, kurang upaya dan balu-balu anggota.
Pada majlis ini juga, para pegawai dan anggota PDRM dan ATM turut diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama YAB Menteri Besar dan barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Johor. Selain majlis berbuka puasa dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan, turut diadakan juga penyampaian zakat dan bantuan asnaf yang diurusetiakan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), penyerahan program bantuan amal jariah dan tabung waqaf Johor oleh Perbadanan Islam Johor dan solat tarawih secara berjemaah.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.ย  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR ย KOTA KINABALU: Sindiket โ€˜bomoh Cinaโ€™ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …