PM LAWAT BAZAR RAMADAN DI TERENGGANU DAN IFTAR BERSAMA WARGA UMT

Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengunjungi Bazar Ramadan, Gong Badak dan menghadiri majlis berbuka puasa Malaysia Madani di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Kuala Nerus.
Pada kunjungan di Bazar Ramadan Gong Badak, beliau yang diiringi Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokthar beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar tersebut.
Selepas itu beliau menghadiri majlis berbuka puasa Malaysia Madani bersama pengurusan tertinggi UMT, ketua jabatan dan penuntut UMT serta diiringi oleh Menteri Besar Terengganu dan Tan Sri KSN.

Dalam ucapan ringkas, PM menekankan betapa hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat mesti terus mantap dan utuh atas kepentingan rakyat terbanyak. PM menegaskan bahawa aspirasi Malaysia MADANI mesti ditelaah, digarap serta diterjemahkan semua dalam bentuk tindakan agar tamadun yang gagah dan berketrampilan dapat kita paculkan.

Pada majlis itu, beliau menyaksikan penyerahan cek bernilai RM1.1 juta daripada badan korporat kepada UMT untuk disumbangkan kepada penuntut daripada keluarga B40 di universiti itu. Dato’ Seri Anwar menunaikan solat maghrib di Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dan menunaikan solat isyak di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Gong Badak sebelum berangkat pulang ke ibu kota.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …