ADUAN ORANG AWAM MEMBAWA KEPADA TANGKAPAN

Komitmen padu oleh orang awam dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa amat penting dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa terpelihara. Aduan dan maklumat oleh orang awam bukan sahaja membantu pihak berkuasa menjalankan tugas, malah berjaya mematahkan sebarang aktiviti jenayah atau aktiviti tidak bermoral yang sememangnya bertentangan dengan undang-undang.

Sebagai contoh, melalui aduan orang awam, sekumpulan 13 lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka telah ditahan oleh pihak PDRM dalam serbuan sempena Op Dadu ketika masing-masing sedang asyik berjudi pada awal pagi di sebuah rumah di Taman Keladi yang telah dijadikan ‘port’ judi. Ketika serbuan, semua lelaki terbabit sedang asyik membuat pertaruhan ketika bermain judi daun terup ‘Kalaimaley@Atas Bawah’.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, mengesahkan penahanan 13 kaki judi itu susulan serbuan membabitkan pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda.

Sehingga kini, kegiatan sindiket judi haram di negeri Kedah masih berlaku setelah kerajaan negeri tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian dan menutup sepenuhnya premis perjudian bermula 1 Januari 2023.

Masyarakat atau orang awam perlu bersama berganding bahu membantu mengurangkan kes jenayah di kawasan masing-masing dengan bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa. Kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat ini juga selari dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025, Teras 8: Keselamatan Rakyat, dan Matriks Keselamatan Negara iaitu Kesedaran Peranan Masyarakat.

Disediakan oleh: Raihan Mokti

Sumber berita: 13 termasuk warga Sri Lanka kaki judi ‘kalaimaley’ ditahan

 

IPD Sungai Petani
Polis menyerbu β€˜port’ judi di hadapan sebuah rumah di Taman Keladi di Sungai Petani dan menahan 13 lelaki. – FOTO Ihsan PDRM

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut