PENDATANG ASING DITAHAN, DOKUMEN MERAGUKAN

Kegagalan mengemukakan dokumen perjalanan dan salinan surat permohonan kad UNHCR yang meragukan menjadi punca 19 orang pendatang asing ditahan di atas feri penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah. Melihat kepada isu ini secara menyeluruh, ia berkait dengan keyakinan pendatang asing untuk menggunakan surat permohonan kad UNHCR sebagai alasan untuk melepaskan diri atas dasar kemanusiaan.

Penyalahgunaan kad UNHCR merupakan satu kebimbangan pada ketika ini khususnya melibatkan individu pendatang asing yang mengambil kesempatan untuk tinggal dan bekerja secara haram serta kemungkinan risiko niat menjalankan kegiatan jenayah mahupun terrorisme.

Tindakan mengesan dan mengekang ancaman dan isu berkait penyalahgunaan kad ini samada yang sah mahupun kad palsu merupakan jaminan kepada Teras Keselamatan ke-8 di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu Teras Keselamatan Rakyat.

Disediakan oleh : A’ina Sharif

Sumber berita: 19 pendatang asing ditahan, guna surat UNHCR meragukan

 

UNHCR
Enam orang wanita antara yang ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah. FOTO Ihsan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Artikel/Berita Terkini

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut

KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH

IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan …
Maklumat Lanjut