CUBAAN SELUDUP GAGAL

Aktiviti penyeludupan membawa pelbagai kesan buruk kepada negara. Antara lain, penyeludupan mampu memberi kesan langsung kepada kewangan negara khususnya berkait penyeludupan barangan dagangan, risiko ancaman keamanan apabila melibatkan penyeludupan senjata, gangguan kepada ekosistem negara sekiranya ia berkait benih tanaman mahupun haiwan dan memberikan persepsi bahawa undang-undang negara telah diperkotak-katikkan serta sempadan negara yang dibolosi.

Mengambil kira isu penyeludupan 30,000 benih ikan kerapu yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada minggu lalu, kejayaan mematahkan cubaan penyeludupan ini bertepatan dengan Teras Keutuhan Ekonomi dan Teras Pembangunan Mampan berkait Keselamatan Makanan (food security).

Spesis yang agresif dan mampu mengancam spesis lain seperti benih kerapu ini boleh menjejas dan mengancam kesinambungan dan kelestarian ekosistem sedia ada malah berkemungkinan membawa penyakit yang berbahaya kepada sepsis sedia ada di Malaysia.

Tindakan tegas pihak penguasa di dalam isu penyeludupan wajar disokong dan diteruskan bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara kekal terpelihara.

Disediakan oleh : Mardiana Mohamad

Sumber berita: MAQIS rampas 30,000 benih ikan kerapu

 

MAQIS
Anggota MAQIS Langkawi merampas 30,000 benih ikan kerapu tanpa permit import sah yang cuba dibawa masuk melalui Kompleks Kargo LTAL di sini, Sabtu lalu. – Foto ihsan MAQIS

 

MAQIS
SEBAHAGIAN 30,000 ekor benih ikan kerapu tanpa permit import dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. FOTO Ihsan Maqis

Artikel/Berita Terkini

SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) TAHUN BAHARU CINA 2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐌𝐔𝐌 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 (𝐒𝐇𝐌𝐌𝐏) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 Menjelang sambutan Perayaan Tahun Baru Cina pada 17 & …

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN 2026

KUALA LUMPUR, 12 Februari -Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia tahun ini adalah …

KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DITETAPKAN RM8, RM15 DAN RM22

Bukit Palah – Zakat fitrah bagi Negeri Melaka tahun ini ditetap pada tiga kadar iaitu RM8, RM15 dan RM22, kata …