ZIARAH KASIH RAMADAN MKN KEDAH

Mengambil peluang sempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia, MKN Kedah dengan kerjasama Penghulu Mukim Batang Tunggang Kiri serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Padang Terap telah sama-sama membuat ziarah kasih dan menyampaikan sedikit barang keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan berupa bakul makanan tersebut disampaikan Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria kepada lapan orang penerima dari mukim tersebut. Program seumpama ini juga bersesuaian dengan prinsip kekitaan dalam membina bangsa Malaysia yang harmoni dan sentiasa cakna terhadap insan di sekililing.

Bantuan ini diharap sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan mengukir senyum di wajah kesemua penerima bagi bersama-sama menyambut Syawal yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Semoga Syawal kali ini lebih bermakna.

Ziarah Kasih
Pengarah Keselamatan Negeri Kedah menyantuni penerima bantuan di Mukim Batang Tunggal Kiri, Padang Terap

 

Ziarah Kasih
Puan Siti menjaga suaminya yang lumpuh sejak 2011 yang lalu

 

Ziarah Kasih
Pengarah Keselamatan Negeri Kedah menyampaikan sumbangan duit raya

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut