PENDUDUK KAMPUNG SEPAKAT JAYAKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK
MKN Kedah telah mengadakan Program Ihya’ Ramadan Bersama Masyarakat Di Mukim Batang Tunggang Kiri, Padang Terap.
Program ini merupakan usaha MKN Kedah dalam menyantuni rakyat serta mewujudkan perhubungan erat antara MKN Kedah bersama penduduk setempat melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan semangat gotong royong berasaskan kepada konsep Community Based Security Management (CBSM).
Seramai 53 penduduk tempatan dan 4 orang anggota polis dari Balai Polis Padang Sanai hadir seawal pukul 9 pagi bagi memeriahkan program gotong-royong dan bersama-sama memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk kampung dan agensi/jabatan kerajaan berdekatan.
Selain itu, pendekatan turun padang ini juga bermatlamat untuk merapatkan jurang di antara jabatan kerajaan dan rakyat yang seringkali mempunyai pandangan bahawa jabatan kerajaan khususnya yang berorientasikan keselamatan ini sukar didekati.
Peluang mendekati masyarakat ini juga memberi kesempatan untuk menilai keperluan dan bantuan yang boleh disalurkan oleh agensi-agensi yang berkaitan dengan berpandukan kepada Teras Keadilan Sosial sebagaimana digariskan di dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021 – 2025.
Penduduk kampung menjayakan program bubur lambuk secara gotong-royong
Khemah dipasang sebagai persediaan dan persiapan tempat untuk majlis berbuka puasa
Angota polis dari Balai Polis Padang Sanai turut hadir membantu. Polis dan masyarakat berpisah tiada.
Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, … Maklumat Lanjut
‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan … Maklumat Lanjut
“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam … Maklumat Lanjut