PAWANA RAMADAN: TUNTUTAN AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

PAWANA RAMADAN: TUNTUTAN AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR

Amar makruf, nahi mungkar merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang berlawanan. Amar makruf bererti mengajak dan menyeru manusia untuk melakukan hal-hal kebaikan yang dianjurkan oleh agama. Ia mempunyai pengertian yang amat luas sehingga mencakupi apa-apa perjuangan dan perbuatan yang menjurus ke arah kebaikan dan kesejahteraan umat sejagat. Sebaliknya, nahi mungkar membawa maksud mencegah manusia dari melakukan perkara mungkar atau yang ditegah oleh agama Islam.

Tuntutan kepada amar makruf, nahi mungkar merupakan tuntutan utama dalam ajaran agama Islam, selain dari menjaga hubungan sesama manusia. Allah S.W.T. telah menegaskan melalui firmanNya, yang bermaksud:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)” – Surah Ali Imran: 110.

Selanjutnya, Rasulullah S.A.W. telah bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa daripada kamu yang ternampak kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya atau mencegahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya dia tidak mampu dengan tangannya maka hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) juga dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu juga maka dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman” – Hadis Riwayat al-Muslim.

Allah S.W.T. telah mengingatkan umat Islam kesan dari kelalaian menegakkan kewajipan amar makruf, nahi mungkar. FirmanNya dalam al-Quran, Surah al-Anfal ayat 25 yang bermaksud:

“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksanya.”

Jelas dari inti pati ayat suci ini menyatakan bahawa perbuatan membiarkan amalan mungkar berleluasa dalam masyarakat akan membawa keburukan bukan saja kepada pelakunya, bahkan kepada masyarakat. Justeru, setiap umat Islam bukan sahaja dituntut menjauhi diri dari melakukan perbuatan yang dilarang Allah S.W.T., tetapi juga wajib mencegah perbuatan yang dilarang itu dari merebak dalam masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …