MKN KEDAH DAN APMM KEDAH BERSAMA PANTAU PERAIRAN LANGKAWI

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah turun ke lapangan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memantau aktiviti maritim di sekitar perairan Langkawi tempoh hari.

Turut hadir merupakan Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi bin Zakaria dan Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Romli bin Mustaffa bersama 8 anggota APMM dan 9 pegawai MKN Kedah dan Perlis.

Pemantauan yang dilakukan ini bertujuan meninjau lokasi-lokasi tumpuan aktiviti jenayah yang dilakukan oleh komuniti maritim khususnya melibatkan penyeludupan kontraban dan pencerobohan sempadan perairan negara selain memberi pendedahan kepada pegawai MKN mengenai kesungguhan dan komitmen agensi dalam mengawal sempadan negara meskipun menjalani ibadah puasa Ramadan.

Sepanjang aktiviti ini, MKN Kedah dan APMM berkesempatan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada komuniti nelayan yang ditemui di sekitar pulau. Kerjasama dan perhubungan erat di kalangan agensi dan komuniti ini penting dalam membantu perkongsian makluma dan memastikan keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara.

Program selesai pada jam 8.00 malam selepas majlis berbuka bersama di kalangan petugas yang hadir. MKN Kedah komited untuk bersama dengan agensi penguatkuasa dalam melindungi keselamatan negara.
APMM LANGKAWI
Laksamana Pertama (M) bersama Pengarah Keselamatan Negeri Kedah menyantuni nelayan di perairan Langkawi

 

APMM LANGKAWI
Pengarah Keselamatan Negeri Kedah menyampaikan sumbangan bakul makanan beserta duit raya kepada nelayan

 

APMM LANGKAWI
Nelayan di perairan Langkawi menerima bakul makanan dan duit raya sumbangan bersama APMM dan MKN Kedah

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …