PELANCONGAN DAN KESELAMATAN PERLU SEIMBANG

Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria telah mengadakan kunjung hormat kepada Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Dato’ Abdul Ghaffar Yahya dalam rangka lawatan kerjanya di daerah tersebut.

Pertemuan di antara kedua pihak telah membincangkan beberapa isu setempat berkait keselamatan secara keseluruhannya.

Kerjasama erat di antara agensi persekutuan dan negeri akan terus mengukuhkan tahap keselamatan dan keyakinan rakyat terhadap keupayaan agensi dalam melindungi dan memastikan keadaan negeri kekal aman dan sejahtera.

Pertemuan turut dihadiri Penolong Pengarah (Tentera) MKN Kedah, Mejar Zamri Moin dan Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Langkawi, Encik Mior Ahmad Shah Mior Shahidin.

DO Langkawi
Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Dato’ Abdul Ghaffar Yahya mendengar taklimat daripada Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Langkawi

 

DO Langkawi
YBhg. Dato’ Abdul Ghaffar Yahya menerangkan sesuatu kepada delegasi MKN Kedah

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …