PELITA RAYA DI KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU

Program Pelita Raya Terengganu 2023 (PELITER @KBT) yang akan berlangsung pada 14 hingga 18 April di Kampung Budaya Terengganu (KBT), Muzium Negeri di Losong dijangka menarik kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung. Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, program pada malam tujuh likur bertemakan Comeynya Peliter itu mengetengahkan konsep ‘1 Pejabat Daerah 1 Rumah Tradisi’. Melalui konsep itu, setiap peserta membabitkan lapan daerah iaitu Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang, Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu perlu menghiaskan rumah-rumah tradisi dan check point yang terdapat di KBT.

Program pelita raya antara acara yang dinantikan masyarakat Terengganu kerana mempunyai tarikan tersendiri. Pengunjung dapat melihat kreativiti, cetusan idea dan dekorasi yang ditonjolkan peserta pada setiap rumah tradisi. Dengan penganjuran program ini pastinya dapat merancakkan lagi aktiviti pelancongan negeri dan mampu memelihara adat dan budaya masyarakat Melayu dahulu kala. Hasil rekaan replika dan dekorasi perlu menggunakan barangan terpakai dan disyaratkan peserta menggunakan lebih dari 150 pelita sumbu.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …