KPDN CADANG WUJUD DIREKTORI PENIAGA MENU RAHMAH

SEREMBAN – Terdapat 901 peniaga Bazar Ramadan Rahmah (BRR) telah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi melaksanakan inisiatif Menu Rahmah setakat ini, kata Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Susulan sambutan mengalakkan itu kementerian bercadang untuk membangunkan pangkalan data yang lebih komprehensif bagi memperluaskan Menu Rahmah untuk dipasarkan di pasar malam dan pasar harian.

Pihaknya menjangkakan dengan sistem pendaftaran yang lebih efisyen, promosi dapat dipergiatkan, saya jangkakan pada tahun depan jumlah peniaga akan meningkat sekali ganda lagi.

Kementerian akan pastikan bahawa peniaga ini dapat meneruskan aktiviti mereka dan saya yakin ia dapat dilakukan di Bazar Ramadan, pasar malam atau pasar harian. Menerusi usaha itu kementerian akan mengadakan libat urus dengan peniaga terlibat dan peniaga akan diberikan kursus jangka pendek untuk membantu meningkatkan jualan mereka serta berbincang mengenai bantuan yang dapat disalurkan kepada peniaga.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, pihaknya turut menerima keluhan daripada beberapa peniaga yang mengalami masalah penjualan makanan Menu Rahmah ini namun pada skala yang kecil.

Pihaknya ada mendengar keluhan itu dan telah menghantar pegawai berjumpa dan menemu bual mereka, boleh dikatakan yang mengadu itu kes terpencil kerana melalui pemerhatian, mungkin lokasi penyediaan menu belum dikenali dan perkara itu diambil perhatian supaya dapat pergiatkan promosi menu tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …