PROGRAM CBSM DI KG. FOREST DAERAH SANDAKAN SABAH

Aktiviti penguatkuasaan amat penting dalam menjaga kedaulatan Negara Kita, namun program gerak saraf menyantuni dan mendekati anggota masyarakat adalah tonggak kepada mempromosi slogan “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

Sandakan Sabah: Lebih 200 penduduk di Kg Forest, Daerah Sandakan menyertai Program Keselamatan berteraskan komuniti anjuran MKN Sabah melalui Pejabat Wilayah Sandakan.

Antara agenda dalam program tersebut adalah penjelasan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, ceramah anti dadah dari AADK, kefahaman penyakit Denggi Oleh Pejabat Kesihatan dan kesedaran Jenayah Oleh PDRM.

Negara hanya akan teguh dan kukuh sekiranya rakyat memiliki minda Keselamatan dan itulah usaha MKN demi Keselamatan dan kesejahteraan Negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …