EVOLUSI ANCAMAN KESELAMATAN NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH 

Keselamatan negara pada asasnya merujuk kepada suatu situasi yang bebas daripada ancaman terhadap nilai-nilai teras negara, sama ada ianya berbentuk ancaman dari dalam mahupun luar negara. Ancaman keselamatan yang dihadapi pada masa ini adalah bersifat asymmetrical iaitu bersifat tidak seimbang. Dalam konteks ini, jika dahulu negara pernah menghadapi ancaman pihak komunis sehingga terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kini negara berdapan pula dengan ancaman keganasan, puak-puak pelampau serta ekstrimis dan ancaman keselamatan siber.  

Naratif kepada ancaman keselamatan dan perpaduan ini dikembangkan lagi melalui kepesatan era globalisasi jaringan dunia tanpa sempadan dan teknologi yang semakin canggih dan terkini. Nilai-nilai kenegaraan yang berkisar kepada komponen sejarah, budaya, bangsa, agama, politik dan ekonomi dapat dengan mudahnya dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan pelbagai ancaman keselamatan terhadap perpaduan dan nilai kemakmuran sesebuah negara. 

Perubahan Geostrategik Dunia yang berlaku pada masa ini telah memberi impak yang besar kepada negara. Antara perubahan geostrategik dunia yang dijangka akan mempengarugi negara Malaysia dan semua negara di dunia  adalah seperti Perubahan Iklim Dunia seperti (Pemanasan Global, Kemerosotan Sumber Air Pandemik Penyakit) , Pakatan Negara-Negara Besar ( Amerika Syarikat, China, Rusia, Liga Arab, ASEAN), Kestabilan Rantau Timur Tengah, Jenayah Rentas Sempadan, Peranan Media Sosial dan Medan Perang Ekonomi. 

Justeru, cabaran Malaysia pada Tahun 2023 juga dijangka akan berkisar kepada  aspek Kesihatan, Alam Sekitar, Ekonomi, Isu Dadah, Media Sosial, Agama, Kebebasan Bersuara, Ketahanan Politik, Hubungan Antarabangsa, Isu PATI dan Perpaduan. 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …