MELAKA KUMPUL RM412,393 BANTU MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE, SYRIA

Kerajaan Negeri berjaya mengumpul RM412,393 untuk membantu mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.Jumlah itu dikumpul menerusi Tabung Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi dan Syria Melaka yang dilancarkan 17 Februari lalu.

Upacara penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kepada Briged Negaraku pada majlis yang diadakan di sebuah hotel. Pada majlis itu, Ab Rauf turut meraikan para pengamal media Negeri Melaka menerusi Majlis Berbuka Puasa di lokasi yang sama.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum dan barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

 

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …