TAPAK PERNIAGAAN BUAT PENYAMBUNGAN AIR HARAM DISERBU

SEREMBAN – Sebuah tapak perniagaan yang mempunyai medan selera dan bengkel motosikal di sini diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas disyaki membuat penyambungan air secara haram.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Sains, Norzita Ismail, serbuan pada minggu lalu itu mendapati, penghuni premis melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip mudah lentur bersaiz 16 millimeter (mm) tanpa melalui sebarang meter.

Bekalan air daripada penyambungan tidak sah itu digunakan di 22 point penggunaan di premis tersebut.Ujian klorin yang dilakukan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik Sains. SPAN telah menyita semua pemasangan dan punca sambungan yang dibuat sebagai bahan bukti.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Sains akan terus mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kegiatan curi air di seluruh Negeri Sembilan melibatkan pengguna komersil serta domestik.

Tindakan tegas ini merupakan salah satu langkah berterusan Sains dalam mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil atau pun Non Revenue Water (NRW).Justeru, para pengguna yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol Sains 1-800-88-6982.

sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …