AGENSI PERISIKAN UK MENGATAKAN CHATBOT AI SEPERTI CHATGPT MENIMBULKAN ANCAMAN KESELAMATAN

Agensi perisikan British telah memberi amaran bahawa chatbot pintar buatan seperti ChatGPT menimbulkan ancaman keselamatan kerana pertanyaan sensitif boleh digodam atau dibocorkan kepada umum. Pusat Keselamatan Siber Nasional, unit agensi perisikan GCHQ menerbitkan risalah yang menggariskan risiko kepada individu dan syarikat daripada menggunakan versi baharu chatbot berasaskan AI yang lebih maju.

Risiko lain ialah termasuk penjenayah menggunakan chatbots untuk menulis emel Phishing dan membantu mereka melancarkan serangan siber di luar kemampuan semasa mereka. Selain itu, pertanyaan-pertanyaan yang dimasukkan ke dalam chatbots disimpan oleh pembekal mereka sebagai data. Hal Ini membolehkan service provider seperti pemilik ChatGPT, OpenAI, menggunakan pertanyaan untuk mengajar versi masa hadapan chatbot mereka. Perkara Ini menimbulkan risiko untuk pertanyaan sensitif sebagai contoh seperti cara terbaik untuk memberhentikan pekerja atau soalan berkaitan kesihatan.

Tambahan lagi, segala pertanyaan yang disimpan dalam talian mungkin digodam, dibocorkan, atau lebih berkemungkinan secara tidak sengaja dibuat boleh diakses secara terbuka termasuk maklumat yang mungkin boleh dikenal pasti pengguna. Kemudian, antara Isu keselamatan utama ialah pekerja yang berinteraksi dengan alat seperti ChatGPT di mana mesin akan belajar daripada interaksi tersebut dan itu termasuk pembelajaran dan seterusnya mendedahkan maklumat sulit secara tidak langsung.

Di samping itu, syarikat-syarikat gergasi seperti Amazon dan JPMorgan telah mengambil langkah pencegahan termasuk menasihatkan pekerja supaya tidak menggunakan ChatGPT kerana bimbang maklumat dalaman mungkin diceroboh.

Chatbots baharu ini tidak syak lagi mengagumkan dan boleh dimanfaatkan untuk tujuan baik namun ia mengandungi beberapa kelemahan yang boleh membuka ancaman kepada rakyat dan negara amnya.

Sumber: businessinsider

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …