JOM GERAK RAHMAH- MEMASAK BUBUR LAMBUK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Program Jom Gerak Rahmah- Memasak Bubur lambuk yang juga diadakan serentak seluruh Negara Malaysia anjuran Jabatan Perpaduan Negara telah berlangsung pada 1 April 2023. Bagi Negeri Terengganu, penduduk tidak ketinggalan melaksanakan program ini secara bergotong-royong. Jom masak Bubur Lambuk ini merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara yang bertujuan untuk memperkukuhkan tapak integrasi dan membangunkan Komuniti Rahmah.
Dalam memupuk semangat perpaduan dan kerjasama yang baik dalam masyarakat, MKN Terengganu juga turut serta memeriahkan program ini bersama-sama komuniti di daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu. Di Setiu, sebanyak 11 buah kawah bubur lambuk berjaya dimasak oleh 11 KRT yang diadakan di perkarangan Masjid Lama Permaisuri. Disamping dapat beramah mesra dengan penduduk, maklumat-maklumat berkaitan keselamatan dan kesepaduan nasional turut disampaikan kepada penduduk samada secara langsing atau tidak langsung. Agihan bubur lambur dilaksanakan di jalan utama Setiu dengan bantuan dari Polis Daerah Setiu.
   

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …