KUIH NEKBAT, KUIH TRADISIONAL

Kuih nekbat merupakan kuih tradisional yang boleh dijadikan sebagai pencuci mulut dan kuih ini diperbuat daripada tepung beras dan telur. Kuih nekbat sangat popular terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini kebiasaannya muncul setahun sekali iaitu pada bulan Ramadan dan menjadi tumpuan masyarakat di negeri-negeri ini untuk menjadikannya sebagai pembuka selera semasa berbuka puasa.

Walaupun bentuknya seakan-akan kuih bahulu, namun ia perlu dimakan dengan air gula kerana rasa asalnya yang tawar. Kaedah memasak kuih ini adalah secara tradisional iaitu menggunakan acuan tembaga, serta bara dan api yang terhasil dari pada sabut kelapa. Menghasilkan kuih nekbat memerlukan ketelitian dan perlu pandai ‘melembutkan tangan’ terutama ketika membancuhnya bersama tepung gandum bagi mendapatkan tekstur yang cantik dan kembang. Proses pembakaran nekbat mengambil masa antara 10 hingga 12 minit.

Seterusnya, sebaik sahaja masak, ia perlu diangkat segera dan terus dimasukkan ke dalam air gula dan proses ini perlu dilakukan dengan cepat bagi mengelak nekbat ‘masuk angin’ selain membolehkan ia mengembang dengan cantik. Bagi penggemar kuih nekbat, kuih ini boleh dimakan dalam keadaan kering dan bersama sira.

sumber foto: TRDI

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …