SEMANGAT GOTONG-ROYONG MERIAHKAN MAJLIS IFTAR

Bersempena dengan Ramadan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengambil peluang untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan menganjurkan satu majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Mahyuddin Mansor Shah, Kariah Jeram, Kubang Pasu.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Program yang berkonsepkan gotong-royong bersama ahli jawatankuasa dan penduduk tempatan itu dihadiri hampir 100 orang penduduk kampung seawal jam 4.00 petang sehingga selesai terawih pada malamnya. Antara juadah menarik yang dihidangkan termasuklah kambing golek, gulai udang, ayam goreng berempah serta aneka kuih.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YBhg. Datuk Haji Rodzi Md Saad yang turut menyampaikan sumbangan berupa sebuah motorsikal Modenas Kristar untuk kegunaan masjid.

Turut hadir, Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria dan Imam Masjid, Ustaz Haji Hashim.

 

Iftar
Encik Mohd Zawawi berbual bersama Datuk Haji Rodzi sementara menunggu waktu berbuka

 

Iftar
Tetamu yang hadir menunggu waktu berbuka

 

Iftar
Datuk Haji Rodzi sempat menyantuni Imam, Ustaz Haji Hashim serta penduduk kampung

 

Iftar
Datuk Haji Rodzi menyampaikan sumbangan berupa motorsikal kepada Ustaz Haji Hashim sambil diiringi Encik Mohd Zawawi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …