MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN SERENDAH RM4.50 – KPDN MELAKA

AYER KEROH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus Menu Rahmah dijual di bazar Ramadan di negeri ini.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata setakat ini hanya terdapat tiga bazar Ramadan menjual menu berkenaan iaitu di Lendu, Masjid Tanah, Merlimau dan Taman Cempaka Peringgit.

“Kita dah bercakap dengan semua penganjur bazar Ramadan, sekurang-kurangnya ada lah satu Menu Rahmah di setiap bazar, tak banyak (namun) tidak mengapa kerana jualan Menu Rahmah ini bersifat sukarela.

“Sebab itu sasaran kita 30 peratus Menu Rahmah yang dijual, sekarang pun kita sedang buat semakan siapa peniaga yang menjual menu ini sebab ada antara mereka tidak maklumkan kepada KPDN.

“Masa kita ‘walkabout’ di bazar Ramadan ada yang menawarkan Menu Rahmah seperti nasi ayam, nasi ayam goreng berempah dengan harga serendah RM4.50 dan RM5,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Dalam pada itu Norena menggalakkan agar kesemua peniaga bazar Ramadan di negeri yang ingin menjual menu Rahmah memaklumkan kepada KPDN. 

“Ada sesetengah peniaga ini tidak maklumkan kita mereka jual menu Rahmah, jadi kita tidak dapat bantu menguar-uarkan kepada orang ramai gerai mereka.

“Mereka nak buat ikut mereka sahaja, ada yang niaga bukan sepanjang bulan Ramadan kerana menu ini atas sukarela peniaga itu sendiri,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut