MARITIM TAHAN LIMA PENDATANG ASING DI PERAIRAN LABUAN

[8:26 am, 27/03/2023] ABH: LABUAN, 26 Mac (Bernama) — Lima pendatang asing warga Filipina termasuk tiga kanak-kanak berumur bawah 10 tahun yang cuba memasuki negara ini secara haram ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut Labuan, pada jam 10.30 pagi ini.

Dua orang dewasa yang ditahan adalah tekong berumur 29 tahun dan penumpang wanita berumur 49 tahun.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh, berkata bot peronda yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera telah mengesan bot kayu berwarna biru,putih dan hijau bergerak laju dalam keadaan yang mencurigakan dari Menumbok ke Labuan.
[8:26 am, 27/03/2023] ABH: Pemeriksaan mendapati tekong dan penumpang kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan bot kayu itu telah melakukan kesalahan belayar keluar dari had pelayaran yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kesemua tahanan dan bot dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (JPDS).

— BERNAMA

 

SUMBER : BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …