OPS KHAS INSTITUT MEMANDU (OKIM)

Negeri Sembilan, 26 Mac 2023 : Unit Operasi JPJ Negeri Sembilan telah menjalankan Ops Khas Institut Memandu di sekitar Negeri Sembilan.

Tujuan operasi ini diadakan adalah membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan ke atas Tenaga Pengajar dan Institut Memandu yang tidak mematuhi peraturan yang fitetapkan. Ia juga untuk memastikan mereka mempunyai Sijil Pengajar lnstitut Memandu (SPIM), Sijil Kenderaan lnstitut Memandu (SKIM) yang sah dan masih berkuatkuasa, kenderaan yang digunakan semasa ujian pemanduan dalam keadaan baik dan mengikuti spesifikasi yang ditetapkan serta mematuhi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kaedah-kaedah dibawahnya.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap aduan.

Sumber: JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …