KELDAI AKAUN: HAMBA “SCAMMER”

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA NO. 8 : KESELAMATAN RAKYAT (JENAYAH SIBER) 

 

Keldai Akaun adalah individu yang menyerahkan kad Autoteller Machine (ATM) miliknya serta nombor pin kad tersebut kepada individu lain dan akaun tersebut pula digunakan bagi tujuan jenayah. Kebanyakan Keldai Akaun ini terpedaya dengan janji akan mendapat pulangan lumayan sekiranya akaun mereka dibenarkan untuk transaksi kononnya atas sesuatu urusan.  

 Seseorang itu boleh menjadi Keldai Akaun apabila pemilik akaun itu sendiri menyerahkan kad ATM dan nombor pin kepada rakannya, kenalan dalam talian dan peminjam wang (Ah Long). Pemilik akaun pula gagal untuk memantau akaun mereka sendiri. Manakala terdapat juga pemilik akaun yang menjual atau menyewakan kad ATM dan nombor pin kepada pihak ke tiga (3) dengan menerima bayaran tertentu. Selain itu, terdapat juga pemilik akaun ditawarkan pekerjaan untuk membuat transaksi wang dari akaun persendirian ke akaun pihak ketiga dan dibayar komisen bagi tujuan tersebut. 

Penjenayah atau scammer ini menggunakan kaedah transaksi wang secara berperingkat agar melambatkan untuk pihak berkuasa mengesan wang mangsa. Kaedah ini dinamakan ‘Layering’ Akaun Bank iaitu mangsa akan memindahkan wang ke akaun keldai (layer 1) yang diberikan oleh saspek atau sindiket. Kemudian wang dari akaun keldai layer 1 akan dipindahkan ke beberapa layer akaun keldai lain bagi menyukarkan pengesanan. Proses ini amat pantas hanya memakan masa 5 minit sahaja dengan menggunakan perbankan internet. Setelah itu, wang hasil penipuan akan dikeluarkan oleh sindiket bagi menghapuskan jejak wang dari sistem perbankan.  

 Pemilik Akaun Keldai ini boleh didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Menyubahati Sesuatu Perkara); Seksyen 411 Kanun Keseksaan (Menerima Harta Dengan Curang); Seksyen 424 Kanun Keseksaan (Mengalih Atau Menyembunyikan Harta Dengan Curangnya Dengan Tipuan); Seksyen 120B Kanun Keseksaan (Pakatjahat Jenayah); Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA2001 (Kesalahan Pengubahan Wang Haram);  dan Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan (Larangan Menerima Deposit). 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut