MAJLIS PERLANCARAN IHYA RAMADAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023

Negeri Terengganu telah melancarkan program Ihya Ramadan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1444H bersamaan 2023M pada 16 Mac 2023 yang lalu. Perlancaran ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Pelbagai program telah dirangka Kerajaan Negeri sebagai wadah kepada umat Islam menghidupkan bulan Ramadan ini dengan amal ibadah. Bertemakan β€œRamadan Menjana Ummah Sejahtera”, satu jawatankuasa induk Program Ihya Ramadan Peringkat Negeri Terengganu juga dibentuk bagi memastikan seluruh program yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Sebagai insentif dan suntikan semangat dalam menjayakan program tersebut juga, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 944,200.00 kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang disalurkan melalui Pejabat Agama Daerah untuk diagihkan kepada semua masjid dan surau-surau terpilih.
Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.014 juta untuk pengurusan Jawatankuasa Masjid bagi seluruh Terengganu.
Semoga jawatankuasa masjid dan surau dapat memanfaatkan peruntukan yang disalurkan ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti pengimarahan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa sepanjang Ramadan.
sumber foto: Media MBTerengganu