SINERGI STRATEGIK: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI PULAU PINANG BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 1: Keutuhan dan Kedaulatan Wilayah (Domain Maritim): 

Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau PInang telah mengadakan kolaborasi strategik bersama Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang melalui Program Sinergi Strategik MKN Pulau Pinang bersama APMM Pulau Pinang: Tayangan Filem Coast Guard Malaysia – Ops Helang.

 Penganjuran program ini bertujuan untuk menerapkan semangat patriotik dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan peserta seiring dengan usaha mengukuhkan Nilai Teras 1 Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah (Domain Maritim). Program ini telah dijayakan pada 15 Mac 2023 (Rabu) jam 6.00 petang.

Turut menjayakan program ini adalah rakan-rakan strategik MKN Pulau Pinang dan orang awam. Antara rakan strategik yang turut hadir adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang, Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Timur Laut, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Pulau Pinang.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …