PEMANTAUAN BERSEPADU DI HUTAN SIMPAN ULU MUDA

Pada 1 Mac yang lalu, MKN Kedah berpeluang meninjau kawasan kongsi dan juga kawasan membalak di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik.

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengadakan satu program pemantauan bersepadu yang disertai beberapa agensi keselamatan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), dan Jabatan Perhilitan.

Tujuan pemantauan dibuat adalah untuk memastikan kerja-kerja atau aktiviti usaha hasil yang dijalankan memenuhi kriteria dan garis panduan yang ditetapkan.
Bersesuaian dengan teras ketujuh dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 iaitu Pembangunan Mampan, yang menggariskan supaya setiap perancangan pembangunan perlu mengambil kira tentang kelangsungan sumber-sumber negara, kesejahteraan rakyat dan keperluan generasi akan datang.

Kesemua agensi keselamatan yang terlibat turut menerima taklimat ringkas daripada Pegawai Hutan Daerah Kedah Tengah, Encik Nor Shahrini Nordin Ahmad.

https://www.facebook.com/mknnegerikedah

Pemantauan Bersepadu
Agensi keselamatan yang terlibat dalam pemantauan bersepadu di Hutan Simpan Ulu Muda daerah Sik

 

Pemantauan Bersepadu
Pegawai Hutan memberikan taklimat ringkas mengenai pemantauan bersepadu yang dijalankan di kawasan kongsi

 

Pemantauan Bersepadu
Longgokan kayu balak di kawasan matau transit

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …