LAWATAN PERDANA MENTERI KE NEGERI KEDAH

ALOR SETAR, 14 Mac 2023 – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim hadir ke negeri Kedah sebentar tadi bagi menghadiri sesi mengadap KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Ketibaan beliau bersama delegasi di Lapangan Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada jam 8 malam tadi telah disambut oleh Ketua Polis Kedah, YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad.

Selesai sesi di Istana Anak Bukit, delegasi YAB Perdana Menteri Malaysia bergerak ke Makam Diraja Langgar bagi menziarahi Makam Sultan Abdul Hamid sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Turut serta dalam program sebentar tadi Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Sahibus Samahah Dato’ Sheikh Fadzil bin Haji Awang, ADUN Suka Menanti, YB. Datuk Zamri bin Yusuf dan Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Dato’ Mohd Roze Bin Shaari.

Sumber: https://www.facebook.com/PolisKedah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …