BERBUKA PUASA DI SUNGAI KELANTAN TIDAK DIGALAKKAN

KOTA BHARU : Kerajaan negeri tidak menggalakkan orang ramai menjadikan tepi Sungai Kelantan, Lembah Sireh di sini sebagai lokasi untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, masalah kebersihan menjadi perkara yang sering dibangkitkan apabila ada sebahagian pengunjung tidak menitik beratkan aspek tersebut semasa berbuka puasa di kawasan berkenaan yang dimiliki sepenuhnya Liziz Standaco Sdn. Bhd. dan pihak berkenaan mempunyai hak untuk menyekat aktiviti tersebut.

Kerajaan negeri sudah pun menyediakan lokasi lebih bersesuaian untuk orang ramai berbuka puasa beramai-ramai, iaitu Madinah Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada setiap tahun yang mnyediakan makanan percuma pada setiap hari dan dilengkapi dengan kemudahan tandas awam, tempat solat dan sebagainya.

Orang ramai boleh berbuka puasa di Madinah Ramadan berbanding di kawasan tepi Sungai Kelantan yang tidak menyediakan sebarang fasiliti.

Sumber: Utusan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …