POLIS RAMPAS SYABU BERNILAI RM28.6 JUTA

PASIR MAS: Polis Kelantan berjaya merampas syabu bernilai lebih RM28.6 juta yang ditemukan dalam kenderaan di Pasir Mas dan Kuala Krai sejak semalam, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Petugas Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang meronda pada kira-kira pukul 8.30 malam telah terserempak dengan kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Pohon Buluh, yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Susulan pemeriksaan keatas kereta berkenaan, pasukan itu menemukan 495 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai lebih RM17.8 juta yang dimuatkan dalam paket-paket kecil lengkap dengan logo jenama kopi, di dalam beberapa guni.
Dalam rampasan kedua di Kuala Krai kira-kira pukul 7.15 pagi tadi pula, PDRM berjaya merampas syabu bernilai RM10.8 juta yang ditemukan dalam sebuah kereta Proton Exora yang ditinggalkan di sebuah kebun getah di Kampung Batu Balai.
 Dadah itu dimuatkan dalam 25 bungkusan kurier yang dimasukkan ke dalam 12 guni, dan diletakkan di tempat duduk penumpang.
Tiada tangkapan dibuat, dan kedua-dua kes sedang disiasat Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …